fbpx

Kena empat gol, Sabah belum mengalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABAH berdepan tugas sukar kerana perlu mencari lima gol jika mahu melangkah ke separuh akhir Piala FA musim ini.

HANYA keajaiban yang ditagih oleh penyokong Sabah FC untuk melihat kebangkitan luar biasa mampu dilakukan pada suku akhir kedua menentang Terengganu FC di Stadium Likas malam ini.

Ketika ini, impian untuk layak ke separuh akhir dianggap sesuatu yang mustahil selepas The Rhinos dibelasah 0-4 pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 28 Jun lalu.

Bagaimanapun, pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee enggan mengalah sebelum berjuang dan mahu kekal positif untuk melunaskan tugas sukar pada perlawanan timbal balik kali ini.

“Kita tidak boleh putus asa, sebaliknya kena ada perancangan untuk pastikan kita mampu bersaing dan cuba dapatkan jaringan yang diperlukan. Kalau ikutkan jumlah gol, ia agak besar dan kami juga kena realistik.

“Seperti saya katakan, tiada apa yang mustahil kalau mampu ikut perancangan diatur. Jika berjaya dapatkan jaringan awal dan gol kedua, ia sudah cukup untuk berikan motivasi.

“Apa kita perlu lakukan sekarang adalah memikirkan cara terbaik untuk bersaing di Kota Kinabalu. Apa yang kami harus lakukan sekarang hanyalah pamerkan kebangkitan,” katanya.

Dalam masa sama, bekas pengendali kebangsaan itu memberi ingatan kepada pemainnya supaya mengelak melakukan kesilapan sama seperti yang berlaku semasa separuh masa pertama di Kuala Terengganu menyaksikan gawang Sabah dibolosi empat kali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI