fbpx

Selangor tekad bangkit elak dimalukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FORTES (kiri) perlu meningkatkan kualiti permainannya untuk membantu Selangor bangkit menewaskan Kuching City hari ini.

PASUKAN Selangor FC optimis dapat mempamerkan kebangkitan menjelang aksi kedua saingan suku akhir Piala FA menentang Kuching City pada perlawanan di Stadium MB Petaling Jaya hari ini.

Pengendali Gergasi Merah, Mohd. Nidzam Jamil percaya barisan pemain sudah belajar daripada kesilapan dan bersedia untuk ‘membalas dendam’ selepas tewas 1-2 kepada Kuching City pada aksi pertama minggu lalu.

Kata Nidzam, pasukan bakal menggunakan pendekatan positif selain berusaha memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri untuk lolos ke kelompok empat kelab terbaik pada kempen Piala FA kali ini.

“Saya rasa pada saingan Piala FA apa sahaja boleh berlaku. Pasukan perlu kekal positif kerana peluang untuk tebus balik kekalahan itu masih terbuka.

“Banyak perkara yang kita belajar selepas mengalami kekalahan pertama di tempat lawan dan kini pemain semua faham dengan tugas serta peranan mereka.

“Apa yang pasti kita akan manfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dalam usaha memastikan pasukan mara ke pusingan seterusnya,” katanya.

Nidzam turut menjelaskan barisan kejurulatihan tidak risau dengan prestasi hambar yang dipamerkan pemain import, Alvin Fortes yang gagal memberikan impak diharapkan ketika ini.

Kata Nidzam, Fortes tidak berada dalam keadaan tertekan meskipun diletakkan harapan tinggi untuk menjadi arkitek dengan mencorakkan jentera serangan Gergasi Merah musim ini.

“Fortes seorang pemain yang matang dan saya lihat dia tidak mengalami sebarang tekanan di atas padang.

“Dia ada skil serta kemahiran yang baik. Tugas pasukan adalah untuk memastikan kemahiran itu dapat dimanfaat sepenuhnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI