fbpx

[VIDEO] Gajah ‘ucap’ terima kasih selamatkan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar induk gajah tenang menunggu anaknya diselamatkan (kiri).

PETALING JAYA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam sebuah longkang di Batu 13 Jalan Raya Timur-Barat Jeli, Kelantan.

Menerusi perkongsian video berdurasi 1 minit 20 saat di laman Facebook Jabatan Perhilitan itu, ibu gajah mencuri tumpuan apabila setia menunggu di tepi longkang sementara anaknya diselamatkan anggota Perhilitan.

Difahamkan, anak gajah tersebut berjaya diselamatkan dengan bantuan lapan orang anggota Perhilitan, menggunakan tali yang diikat pada jengkaut.

Walau bagaimanapun, setelah anak gajah berjaya diangkat ke atas, sebelum kedua-dua mamalia tersebut bergerak memasuki kawasan hutan berhampiran, ibu gajah seolah-olah mengucapkan terima kasih kepada anggota terlibat.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna turut hairan dengan keadaan ibu gajah yang tenang walaupun kebiasaannya mereka akan bertindak garang jika ada anak.

“Aku selalu tengok video ibu gajah luar negara ganas-ganas, yang ini lemah lembut macam orang Melayu, mesti ni gajah Melayu atau pun rasanya dah kena ubat pelali, sebab tu diam semacam je,” ujar @muawwiz.

“Minit ke 1.19 macam mak gajah tu bagi tanda terima kasih je dekat pegawai Perhilitan yang membantu melepaskan anak dia sangkut dalam longkang,” komen @m.rayyanfm.

“Mak gajah memahami anaknya sedang diselamatkan. Terima kasih anggota Perhilitan. Nampaknya macam ada keperluan untuk sediakan laluan khas kepada hidupan liar ni,” ujar @zykamilia kamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI