fbpx

Telur mata tahan 2 jam sebelum tercemar Salmonella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Malar berkongsi mengenai punca telur mata tercemar.

PETALING JAYA – Ramai ragu-ragu untuk makan telur mata selepas kejadian maut disebabkan telur mata tercemar yang dilaporkan menimpa seorang kanak-kanak perempuan dan remaja lelaki pada Jun lalu.

Menjawab kepada persoalan keracunan telur mata, pegawai perubatan, Dr. Malar Santhi Santherasegapan berkata, ada beberapa kriteria yang perlu dipastikan sebelum makan telur mata.

“Pertama, pastikan kulit telur dicuci dengan bersih, tak ada kotoran di luar begitu juga najis. Basuh di bawah air paip yang mengalir.

“Kedua, masak telur pada durasi dan suhu yang sempurna. Pastikan keseluruhan bahagian telur itu tidak ada bahagian masih mentah dan ‘transparent’ (lut sinar).

“Kalau masih mentah (lut sinar) atau separuh masak, goreng sikit lagi sampai ia bertukar menjadi warna putih,” kongsinya di laman TikTok @CelotehDrMalar.

Tambahnya, tidak disarankan masak telur mata untuk kuantiti banyak, di jual di kedai atau kenduri bagi tempoh masa yang lama kerana ia boleh tahan satu hingga dua jam.

Katanya, kalau lebih lama daripada itu akan menyebabkan bakteria Salmonella membiak di atas telur dan membawa kepada keracunan makanan serius seperti muntah, cirit-birit, demam dan meragut nyawa.

“Sehubungan itu, kalau nak menikmati telur mata gorenglah sendiri di rumah.

“Kalau pergi ke kedai makan atau kenduri mintaklah telur yang ‘well cooked’,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas mengalami cirit-birit akibat makan makanan yang dibawa pulang dari sebuah program sekolah agama di Gombak, pada 8 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI