fbpx

Hishamuddin Rais tidak ditahan, hanya rakam percakapan – MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCMC -GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan seorang aktivis sosial, Hishamuddin Md Rais bukan subjek siasatan dalam kes berhubung kandungan bersifat jelik yang dipercayai dikongsi semula melalui laman blog, TukarTiub miliknya.

MCMC dalam kenyataan berkata, tindakan tersebut diambil bertujuan merakam kenyataan beliau dan tiada sebarang penahanan atau sitaan peranti dibuat.

Menurutnya, siasatan selesai pada pukul 6.45 petang semalam dengan merakam percakapannya bagi membantu siasatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada pukul 3.15 petang.

“Terdahulu, MCMC menyerahkan Notis Kehadiran kepada Hishamuddin mengikut prosedur yang ditetapkan.

“MCMC menegaskan bahawa sebarang tindakan siasatan terhadap mana-mana individu dijalankan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya hari ini.

Semalam, media melaporkan, Hishamuddin disoal siasat oleh polis selama lebih dua jam berhubung catatan blognya yang menimbulkan persoalan mengenai status kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI