fbpx

China atasi Malaysia buat kali pertama di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail seorang pelancong China di Bangkok. - Foto AFP

BANGKOK –  Pelancong China telah mengatasi rakyat Malaysia untuk menjadi pelawat terbesar ke Thailand dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan 3.43 juta ketibaan, lapor portal berita VnExpress semalam.

Malaysia menduduki tempat kedua dengan 2.43 juta ketibaan, diikuti India dengan lebih 1 juta ketibaan, demikian menurut data Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand.

Thailand menerima 17.5 juta ketibaan warga asing antara Januari hingga Jun lalu, separuh daripada sasaran Bangkok pada tahun ini iaitu seramai  36.7 juta orang.

Pada tahun lepas, Malaysia mengatasi China untuk menjadi pasaran pelancongan terbesar di Thailand.

Sejak bulan lalu, Thailand telah membenarkan pelancong dari 93 buah negara masuk tanpa menggunakan visa sehingga 60 hari.

Sebelum ini, Bangkok hanya membenarkan pelancong dari 57 negara memasuki Thailand tanpa visa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI