fbpx

Makan nasi sekali sehari sepanjang 12 hari hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rokiah

ARAU – Seorang wanita warga emas ditemukan dalam keadaan selamat setelah hampir dua minggu gagal dikesan oleh keluarga selepas keluar dari rumah suaminya di Kampung Katong, Pauh dekat sini baru-baru ini.

Adik ipar mangsa, Zunizam Ismail, 45, berkata, kakak iparnya, Rokiah Jaafar, 60, yang dipanggil Kak Ma ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah pondok di kawasan sempadan Perlis-Kedah di Gua Kerbau, Kodiang di Kubang Pasu oleh rakannya pagi semalam.

“Saya dan ahli keluarga lain segera bergerak ke pondok yang terletak kira-kira 3.6 kilometer dari kediamannya ketika mula-mula dilaporkan hilang 12 hari lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Zunizam, wanita warga emas itu dalam keadaan sihat dan Rokiah memaklumkan hanya makan nasi putih sehari sekali sepanjang tempoh dia tinggal di pondok itu.

“Kami sudah pun membawa Kak Ma ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan sekarang dia sedang berehat dan tinggal dengan kami. Perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada polis,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi mengesahkan penemuan warga emas yang dilaporkan hilang sejak 23 Jun lalu itu dan pihaknya masih lagi menyiasat punca kehilangannya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI