fbpx

PUO tawar tiga program baharu ijazah sarjana muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Noor Shahudin (tengah) menyampaikan Anugerah Minda Emas pada Majlis Penutup Pertandingan Kemahiran Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCCSkills) di kampus PUO di Ipoh, Perak semalam. - Foto oleh LIYANA RAMLI/ KOSMO!

IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO) menawarkan tiga program baharu peringkat sarjana muda iaitu Sarjana Muda Teknologi Senibina, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Marin dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik.

Pengarah PUO, Dr Shamsuri Abdullah berkata, tiga program berkenaan telah diluluskan dan bakal ditawarkan kepada pelajar pada kemasukan bulan September tahun ini.

“Penambahan tiga program tersebut merupakan langkah bagi PUO disenarai untuk Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX).

“Buat masa ini, tiga bidang tersebut hanya ditawarkan pada peringkat diploma di sini,” katanya pada sidang akhbar Majlis Penutup Pertandingan Kemahiran Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCCSkills) di sini semalam.

Ujarnya, pihaknya juga telah melakukan persediaan dari segi tenaga pengajar dan prasarana untuk kemasukan pelajar bagi program tersebut.

Beliau berkata, lima lagi bidang pengajian baharu peringkat ijazah sarjana muda akan diperkenalkan tahun hadapan yang mana ia sedang dibincangkan pada peringkat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Sementara itu, Pengarah Kanan Akademik, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Noor Shahudin berkata, sebanyak 4,000 permohonan diterima bagi kemasukan ke Program Asasi bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di semua kampus politeknik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI