fbpx

Tular trend tak pandai menangis depan kamera di TikTok, Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara selebriti dan pengguna media sosial yang mengikuti trend tak pandai menangis depan kamera.

PETALING JAYA – Sejak semalam, tular di media sosial terutamanya aplikasi TikTok dan Instagram mengenai trend baharu, ‘tak pandai menangis depan kamera’ yang diparodikan oleh pengguna sehingga menjadi sohor kini.

Pelbagai idea video yang kreatif dipersembahkan pengguna termasuk dalam kalangan selebriti.

Ada yang menampilkan jalan cerita seperti sedang menonton drama sedih, menjalani uji bakat lakonan serta situasi gagal dalam temu duga kerja.

Mereka membawa watak seolah-olah sedang menahan kesedihan apabila berada di hadapan kamera dengan mempamerkan senyuman serta gelak tawa seakan seperti lakonan semata-mata.

Tinjaun Kosmo! di platform media sosial mendapati trend tersebut telah mendapat lebih 3,000 ikutan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI