fbpx

Suami buaya darat ‘kantoi’ bonceng penyondol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Si isteri memarahi suami dan teman wanitanya yang berhenti di sebelah motosikalnya. – TikTok

JAKARTA –  Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang isteri bertembung dengan suaminya yang menaiki motosikal bersama wanita lain ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat.

Laman berita Dream melaporkan, video rakaman menunjukkan si isteri yang juga menunggang motosikal,  berhenti bersebelahan suaminya.

Namun, dia terkejut apabila melihat motosikal suaminya dibonceng oleh seorang wanita lain,  dipercayai kekasih gelap lelaki tersebut.

“Bagus! Curang kepada isteri. Siapakah perempuan ini? Anak awak berada di rumah menunggu awak,” kata wanita tersebut.

Si suami dan kekasih gelapnya dilihat tidak mempedulikan wanita itu, sebaliknya berdiam diri dan enggan menoleh ke arahnya.

Si isteri yang berang kemudian mencubit lengan wanita berkenaan sambil berkata: “Awak patut berasa malu. Berhenti (motosikal).”

Suaminya kemudian cuba melindungi teman wanitanya dengan menghulurkan tangan ke belakang agar si isteri berhenti menarik baju wanita itu.

Tidak lama kemudian sejurus lampu isyarat bertukar hijau, pasangan itu terus lesap tanpa sempat dikejar oleh si isteri.

Si isteri kemudian mendedahkan bahawa ia merupakan kali ketujuh dia merungkai kecurangan suaminya dengan wanita berbeza. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI