fbpx

Pemancing berisiko mati katak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZALI (lima dari kanan) merasmikan prapelancaran Musim Mencandat Sotong Terengganu di Jeti Pelancongan Marang semalam.

MARANG – Hampir 100,000 pelancong yang menyertai akti­viti mencandat sotong di pe­rairan Terengganu setiap tahun berisiko ‘mati katak’ kerana menggunakan khidmat bot yang tidak berlesen.

Berdasarkan data Jabatan Laut dan Lembaga Sumber Air Terengganu (Laut), hampir separuh daripada kira-kira 350 pe­ngusaha bot merangkumi kategori nelayan, pesisir dan pelancongan di negeri ini menawarkan perkhidmatan pakej mencandat sotong tanpa lesen.

Tiada jaminan pengusaha bot terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk aktiviti laut terutama pada waktu malam sekali gus meningkatkan risiko keselamatan pencandat sotong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, kerajaan negeri yang menyedari isu itu akan melakukan pemutihan dalam kalangan pengusaha bot yang menawarkan pakej mencandat sotong.

“Kita akan memastikan semua pengusaha bot yang menawarkan pakej mencandat sotong di negeri ini memiliki lesen sukan rekreasi dikeluarkan Jabatan Laut dan Lembaga Sumber Air Terengganu.

“Pemilikan lesen itu pen­ting bagi memastikan SOP dipatuhi demi keselamatan tekong bot dan peserta (mencandat sotong),” katanya selepas program Musim Mencandat Sotong Terengganu di Jeti Pelancongan Marang, di sini semalam.

Selain Marang, perairan Kemaman, Kuala Nerus dan Kuala Besut antara lokasi popular mencandat sotong di Terengganu.

Ujarnya, penguatkuasaan le­sen khas sukan rekreasi itu bakal dikuat kuasa sepenuhnya tahun depan.

“Peraturan itu juga bertujuan menambah keyakinan pelancong sekali gus memberi tambah nilai komersial terhadap aktiviti mencandat sotong di negeri ini.

“Sementara program pemutihan pengusaha bot selesai sepenuhnya, kita dengan kerjasama agensi penguatkuasan akan terus memantau bagi menjamin keselamatan peserta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI