fbpx

MCMC, MIDA meterai MoU manfaatkan PKS, sektor vertikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama strategik dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melalui pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memanfaatkan rangkaian 5G dalam sektor vertikal serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pemeteraian MoU antara MCMC dengan MIDA merupakan langkah signifikan ke arah memperkasakan teknologi 5G yang bertujuan untuk memacu industri Malaysia ke arah kemajuan teknologi, kelestarian dan integrasi yang lebih besar dalam rangkaian nilai global.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil berkata, dengan memperkasakan penggunaan rangkaian 5G, ia sekali gus memberi sumbangan kepada ekonomi negara yang mana dijangka dapat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Katanya, pemeteraian MoU ini selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani dan merupakan langkah penting ke arah merealisasikan matlamat ekonomi digital Malaysia untuk menyumbang 25.5 peratus kepada KDNK menjelang 2025.

“Sumbangannya dapat dilihat dengan mewujudkan perkhidmatan dan industri baharu, mencipta model perniagaan baharu, serta meningkatkan produktiviti dan kecekapannya merentasi pelbagai titik sentuh berlainan.

“Inisiatif ini juga bertepatan dengan matlamat yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), khususnya dalam misi Tech Up for a Digitally Vibrant Nation yang menekankan kepentingan untuk mengadaptasi teknologi digital bagi mewujudkan 3,000 kilang pintar di negara ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis pertukaran MoU antara MCMC dan MIDA di St. Regis Hotel, Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Jelas Fahmi, kolaborasi ini menjadi salah satu pemangkin utama dalam memacu adaptasi teknologi 5G dan transformasi digital, terutamanya PKS di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI