fbpx

Pengurus ladang terima rasuah ‘upah’ lulus tuntutan bayaran pembekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Seorang pengurus ladang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama enam hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM10,000.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan SPRM semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk permohonan reman.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman suspek sehingga Selasa depan bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas suspek mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Difahamkan, wang sogokan berkenaan diterima lelaki itu sebagai balasan meluluskan tuntutan bayaran daripada pembekal.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI