fbpx

Skim Latihan Pemerkasaan Pendidik Mara diperkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) ketika menyampaikan Anugerah Institusi Pengajian Mara Terbaik pada Majlis Hari Anugerah Pendidik Mara, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Skim Latihan Pemerkasaan Pendidik Majlis Amanah Rakyat (Mara) diperkenalkan bagi memberi fokus terhadap pemerkasaan kaedah pengajaran para pendidik.

Perkara tersebut diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersempena Hari Anugerah Pendidik Mara 2024 yang berlangsung, di sini hari ini.

Beliau berkata, skim latihan tersebut juga bagi memfokuskan penguasaan kandungan pengajaran dan kepimpinan instruksional dalam kalangan pendidik.

Ujarnya, pendidik yang berpotensi akan menjalani latihan-latihan akademik dan praktikal sama ada di dalam atau di luar negara.

“Antara kursus-kursus yang akan didedahkan kepada para guru termasuklah pedagogi inovatif, bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan bidang kepimpinan pendidikan.

“Seramai 19 pendidik Mara yang cemerlang telah dipilih untuk mengikuti latihan tersebut di China bermula dari bulan ini hingga September.

“Diharap dengan skim baharu ini, dapat memberi pendedahan kepada 9,800 pendidik Mara dan terus bermotivasi untuk memperlihatkan prestasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Hari Anugerah Pendidik Mara 2024, di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, Mara akan melihat keberkesanan penghantaran kumpulan pertama yang mengikuti skim latihan tersebut sebelum memutuskan langkah seterusnya.

“Lepas kumpulan pertama ini, kita akan lihat dan gunakan dana dalaman untuk menghantar lebih ramai para pendidik untuk mengikuti skim latihan yang sama.

“Berkenaan kos, setiap tempat berbeza bergantung kepada negara. Tetapi Mara akan sesuaikan dengan bajet yang ada dengan universiti mana yang tawarkan latihan tersebut,” katanya.

Antara negara utama yang akan dijadikan sebagai lokasi latihan adalah University Of Helsinki, Finland, Universiti of Tokyo, Jepun dan Technical University of Munich, Jerman.

Selain itu, dua lagi universiti lain adalah National Institute of Education, Nanyang Technology University, China dan University of Havard, Amerika Syarikat.

Majlis Hari Anugerah Pendidik hari ini telah menyaksikan empat anugerah disampaikan iaitu Anugerah Pendidik Cemerlang Mara, Anugerah IPMA Terbaik, Anugerah Khas Pendidik Mara dan Anugerah Tokoh Pendidik Mara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI