fbpx

Suami isteri didakwa simpan lebih 15,000 liter diesel tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kim Soon (dua dari kanan) dan isterinya, Sze Yuen (kanan) semasa tiba untuk prosiding pendakwaan kes memiliki lebih 15,000 liter minyak diesel tanpa lesen di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri dan syarikat yang dikendalikan mereka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memiliki lebih 15,000 liter diesel bernilai lebih RM34,000 tanpa lesen dua tahun lalu.

Tan Kim Soon, 35, dan isterinya, Koh Sze Yuen, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mereka selaku orang kena saman (OKS) yang merupakan pengarah syarikat Heng Seng & Company Sdn. Bhd. didakwa memiliki diesel berjumlah 15,979 liter dalam keadaan menimbulkan syak munasabah.

Kesalahan tersebut dilakukan di depan Stesen Penguat Kuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Laloh, Kuala Krai dekat sini pada pukul 7 malam, 7 Ogos 2022.

Sementara itu, syarikat Heng Seng & Company Sdn. Bhd. turut didakwa atas kesalahan sama mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM2 juta.

Mahkamah menetapkan ikat jamin masing-masing RM40,000 kepada Kim Soon dan syarikatnya, manakala RM30,000 untuk Sze Yuen dengan seorang penjamin.

Selain itu, kedua-dua OKS perlu melapor diri di KPDN Petaling Jaya setiap bulan dan menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI