fbpx

Harga kelapa sawit berisiko menjadi tidak kompetitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari melawat reruai pameran pada Program Pemindahan Teknologi Sawit MPOB ke-30. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

PETALING JAYA – Harga kelapa sawit boleh menjadi tidak kompetitif berbanding dengan negara-negara pengeluar lain sekiranya levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini tidak disemak semula.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pihaknya akan meneliti dan menyemak semula WPL tersebut dan keputusannya akan dihantar kepada Kementerian Kewangan (MOF).

“Kita berikan MOF teliti perkara itu terlebih dahulu. Perkara ini juga secara tak langsung boleh menggalakkan penanaman semula apabila produk ini jadi persaingan.

“Jadi, ramai orang akan datang ke negara ini dan membuat pelaburan dalam tanah yang kita dah ada. Sebanyak RM57 juta untuk mereka melabur untuk penanaman semula dan meningkatkan hasil jangka panjang,” katanya ketika ditemui media selepas Program Pemindahan Teknologi Sawit MPOB ke-30 di sini hari ini.

Selain itu, Johari berkata, Malaysia mempunyai 5.7 juta hektar tanah untuk menghasilkan kelapa sawit dan negara telah mengeksport lebih kurang 15 juta ton sawit.

“Jadi, sudah tentu kalau kita banyak buat pembangunan dan penyelidikan (R&D) banyak produk-produk kelapa sawit kita boleh buat untuk aktivit hiliran atau produk hiliran seperti produk grris gred makanan terbiodegradasi berasaskan sawit,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI