fbpx

Tujuh negeri dilanda hujan lebat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berserta ribut petir di tujuh negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca hujan kini sedang berlaku melibatkan beberapa kawasan di Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, kawasan perairan Perak dan selatan Kedah sehingga ke tengah hari ini.

“Selain itu, cuaca mendung pula dikesan berlaku di sekitar negeri Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang, diikuti cuaca hujan di Betong dan Sarikei, Sarawak.

“Keadaan cuaca hujan dan lembap ini berpunca daripada satu garis badai atau sekumpulan kelompok awan aktif yang dikesan berada di sekitar Perairan Selat Melaka dan kini sedang bergerak memasuki kawasan daratan,”katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah petang pula, Metmalaysia menjangkakan keadaan hujan lebat berserta ribut petir di hampir kesemua negeri.

“Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramalkan tertumpu di sekitar kawasan pedalaman Semenanjung, Pantai Timur dan kebanyakan daerah di negeri Johor.

“Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka mengalami cuaca mendung pada sebelah petang, manakala di Sarawak pula, hujan lebat melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Miri dan Limbang serta Pedalaman, Pantai Barat dan Labuan di Sabah,” kata Metmalaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI