fbpx

Buat perangai lagi, Nonny Nadirah cukur rambut ‘crew cut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NONNY NADIRAH membuat perkongsian terbaharu tentang penggayaan potongan rambut ala crew cut.

PETALING JAYA – Lama menyepi, pelakon Nonny Nadirah kembali memancing tumpuan netizen apabila memuat naik video sedang mencukur rambut sendiri ala ‘crew cut’.

Menerusi rakaman video dikongsikan, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 34, yang memakai cermin mata hitam kelihatan membuka baju dan dipercayai hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak memotong rambutnya dengan mesin pencukur.

Sebelum itu, dia menaburkan bedak debu yang difahamkan bagi mengelakkan sisa rambut melekat pada badan.

Tidak memberi penerangan mengenai tindakan berbuat sedemikian, pelakon drama Melankolia itu hanya menulis kapsyen ‘Twinnies’ pada hantaran di laman sosialnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada tindakan Nonny membotakkan kepala memenuhi tuntutan watak bagi projek terbaharu atau sebaliknya.

Begitupun, perkongsian bekas peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima itu mendapat banyak tanda suka dalam kalangan pengikutnya.

Namun, ruangan komen pada hantaran tersebut ditutup sekali gus mencetuskan pelbagai persoalan ramai berhubung tingkah laku Nonny itu.

Sebelum ini, dia pernah mendakwa wajahnya berubah senget sebelah akibat terkena gangguan sihir sejak tiga tahun lalu.

Katanya yang mengakui menyepikan diri sepanjang tempoh itu, gangguan dapat dipulihkan hasil mengamalkan bacaan ayat al-Quran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI