fbpx

Pertandingan buru kucing diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing liar dianggap ancaman besar kepada hidupan liar semula jadi. – Alamy

WELLINGTON – Satu acara tahunan berupa pertandingan membunuh kucing dijangka diperluaskan  lagi pada tahun depan dengan penganjur berkata, kucing liar menjadi ancaman serius terhadap hidupan liar tempatan, lapor laman berita Thai PBS World.

Kucing liar memburu burung, kelawar dan biawak yang terancam, demikian menurut Jabatan Pemuliharaan New Zealand. Haiwan itu malah dipersalahkan kerana menyebabkan beberapa spesies menjadi pupus.

Edisi terbaharu pertandingan itu diadakan pada hujung minggu lalu di luar bandar Canterbury Utara, di mana pemburu membunuh 370 kucing liar bersama babi hutan, posum, tikus dan rusa.

Ia menarik penyertaan 1,500 pemburu termasuk 460 kanak-kanak yang perlu ditemani oleh orang dewasa.

Tahun ini, seorang pemburu memenangi hadiah wang tunai sebanyak NZ$1,000 (RM2,884) kerana membunuh kucing liar terbesar seberat 6.7 kilogram.

Sebanyak NZ$500 (RM1,442) lagi diberikan kepada peserta dengan jumlah pembunuhan tertinggi iaitu 65 ekor kucing liar.

“Kami hanya akan meneruskan apa yang dilakukan dan meningkatkan hadiah wang tunai pada tahun depan untuk menjadikannya lebih besar dan lebih baik,” kata penganjur acara, Matt Bailey.

Acara itu menjadi tajuk-tajuk utama media antarabangsa pada tahun lalu apabila tindak balas orang ramai memaksa penganjur membatalkan acara khusus untuk kanak-kanak berusia bawah 14 tahun.

Namun, Bailey berkata, acara pemburuan itu perlu dilakukan untuk memusnahkan kucing liar yang memburu hidupan liar semula jadi dan membawa penyakit yang mengancam ternakan.

“Kucing liar adalah seperti ‘syaitan’. Ia naik gila apabila dikurung dan akan berpusu-pusu untuk menyerang anda,” kata Bailey. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI