fbpx

PRK Sungai Bakap: Dua projek akan dilaksana jika Cikgu Joo menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) hadir pada Malam Kasih Bersama Pemimpin di Sungai Bakap, malam tadi. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Timbalan Perdana Menter, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tekad membantu membawa pembangunan di Sungai Bakap sekiranya calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin diberi mandat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Sabtu ini.

Beliau berkata, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) akan ditubuhkan segera di Sungai Bakap manakala pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) akan diteruskan pembinaannya.

“PAWE perlu dibawa segera ke Sungai Bakap supaya warga emas boleh dibantu.

“Kedua, sekolah tamil yang terbengkalai, saya nak cadangkan dan bisik kat Fadhlina (Menteri Pendidikan), cadangan ini harap dapat dilaksanakan dan permintaan kaum India di Sungai Bakap dapat dilaksanakan sekiranya Cikgu Joo jadi ADUN Sungai Bakap.

“Dua cadangan ini cukup penting dan saya berpandangan bahawa cadangan ini harus dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Kasih Bersama Pemimpin di Sungai Kechil, di sini malam tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI