fbpx

[VIDEO] Tiket ‘wildcard’ Olimpik milik jaguh pecut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM FAHMI

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai atlet negara yang meraih tiket ‘wildcard’ untuk acara olahraga di Sukan Olimpik Paris 2024 kini terjawab selepas Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memilih jaguh pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi untuk ke temasya empat tahun sekali itu.

Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pemilihan terebut dibuat menerusi pada satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet KOM yang diadakan semalam.

“Dengan ini pihak KOM telah bermesyuarat semalam dan telah memutuskan ‘wildcard’ 100m ini diberi kepada Muhammad Azeem Fahmi. Harapan saya kepada semua orang muda dan rakyat Malaysia melihat ini sebagai positif dan sudah pasti siapa sahaja yang kita pilih, kita harap kesannya positif untuk masa depan yang lebih cemerlang.

“Siapa yang tidak terpilih apapun ia merupakan satu usaha untuk capai prestasi lebih cemerlang pada masa akan datang. Ini bukan penamat segala-galanya sebab kita tahu mereka yang tidak terpilih ini mempunyai peluang yang lebih besar seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan seterusnya memburu tempat ke Olimpik Los Angeles 2028 nanti,” katanya.

Sebelum ini, KOM kekal rahsia samada ingin memberikan tiket ‘wildcard’ itu kepada Azeem atau pemegang rekod kebangsaan 400m, Shereen Samson Vallabouy selepas kedua-dua atlet gagal layak secara merit ke Paris.

Ketika ini, Azeem yang berada di Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 di Surabaya-Malang meraih pingat perak menerusi catatan masa 10.37 saat (s) selepas pingat emas menjadi milik jaguh tuan rumah, Lalu Muhamad Zohri yang mencatat 10.19 saat (s). Sementara itu, Shereen yang kekal beraksi dalam acara 400m terus tampil cemerlang apabila menuai pingat emas 53.71s.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI