fbpx

EPL: Darwin Nunez jadi sasaran Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ dilapor menjadi sasaran Fenerbahce yang kini dikemudi Mourinho bagi mempertajamkan jentera serangan pasukan itu. - AFP

LONDON – Penyerang muda Liverpool, Darwin Nunez kini menjadi sasaran kelab gergasi Turki, Fenerbahce yang mungkin dianggap tidak masuk akal selepas dia mempamerkan aksi mengagumkan dalam skuad kebangsaan.

Terdahulu, The Reds telah memecahkan rekod perpindahan apabila menandatangani Nunez dari Benfica dengan nilai £85 juta (RM501.5 juta) pada tahun 2022, tetapi penyerang Uruguay itu masih belum mempamerkan aksi yang konsisten sepanjang dua musimnya di Anfield.

Sehingga kini, Nunez telah menjaringkan 33 gol dalam 96 penampilan bagi semua pertandingan termasuk 11 gol dalam 36 perlawanan Liga Perdana Inggeris pada musim lalu.

Menerusi purata satu gol pada setiap 108 minit pada Liga Perdana musim lalu, Nunez sering kali gagal untuk menyempurnakan beberapa peluang ketika The Reds tersingkir dari saingan merebut kejuaraan.

Berbeza dengan prestasi tidak konsisten di kelab, Nunez telah menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat antarabangsa dengan menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut buat Uruguay termasuk dua kemenangan di Copa America kali ini.

Prestasi cemerlang Nunez telah menarik minat Fenerbahce yang kini di bawah pengurusan Jose Mourinho dan kelab tersebut berminat untuk merekrutnya selepas terlepas gelaran Liga Super dengan perbezaan satu mata musim lalu.

Baru-baru ini, kelab Istanbul itu baru sahaja kehilangan Michy Batshuayi kepada seteru utama, Galatasaray, dan percaya bahawa Nunez mampu memberikan peningkatan besar kepada pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI