fbpx

CIMB umum sasaran iklim portfolio O&G, hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gurdip Singh (kanan) bersama Ketua Pegawai Kelestarian Kumpulan, Luanne Sieh menunjukkan kertas putih yang memperincikan rancangan nyahkarbon CIMB di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) meng­umumkan sasaran iklim 2030 untuk portfolio minyak dan gas (O&G) serta hartanah, sekali gus menjadi bank Malaysia pertama yang melengkapkan penetapan sasaran nyahkarbon 2030 untuk sektor berpelepasan tinggi.

Ia menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan sebanyak 16 peratus bagi portfolio O&G menjelang 2030, serta pengurangan 34 peratus bagi operasi hartanah komersial.

Sasaran iklim bagi sektor-sektor lain yang telah diumumkan CIMB sebelum ini termasuk perlombongan arang batu haba, simen, minyak sawit dan kuasa.

Pada masa sama, CIMB turut mengemas kini kertas putihnya yang diterbitkan sebelum ini, dengan memperincikan ranca­ngan nyahkarbon serta menggariskan laluan khusus dan strategi segera untuk kese­mua enam sektor tersebut yang menyumbang kepada 60 peratus portfolio pembiayaan pelepasan CIMB setakat 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Malaysia dan CIMB Bank Berhad, Gurdip Singh Sidhu berkata, pe­ngumuman tersebut menandakan satu pencapaian penting ke arah merealisasikan sasaran Sifar Bersih jangka panjang menjelang 2050.

“Sasaran interim ini menunjukkan akauntabiliti dan komitmen kami untuk mendorong peralihan yang adil di seluruh ASEAN.

“Dengan menghuraikan matlamat jangka panjang ke atas pencapaian yang boleh diukur dan dilaksanakan, kami membuka jalan untuk kemajuan yang nyata.

“Rancangan nyahkarbon untuk sektor-sektor ini telah direka khas dengan teliti, sejajar dengan dasar kerajaan setiap negara dan menggambarkan dedikasi kami untuk memajukan objektif nasional di seluruh rantau di mana kami beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Meja Bulat Kelestarian CIMB 2024 di ibu pejabat CIMB di sini, semalam.

Bermula 1 Januari 2025, CIMB akan menghentikan pembiayaan baharu khusus untuk penero­kaan medan minyak huluan baharu yang diluluskan untuk pembangunan pasca 2021.

Ini sejajar dengan Senario Pelepasan Sifar Bersih Agensi Tenaga Antarabangsa menjelang 2050, yang menyatakan di pe­ringkat global, projek minyak dan gas baharu tidak diperlukan lagi selain daripada apa yang telah dilaksanakan setakat tahun 2021.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI