fbpx

Puteri Sarah sindir halus, ‘awak pandai nangis tak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah dikatakan menyindir seseorang menerusi komen terbaharu hantaran status Bella Astillah.

PETALING JAYA – Rakan baik kepada Bella Astillah, Puteri Sarah meninggalkan komen berbaur sindiran dalam hantaran terbaharu pelakon itu sepertinya ditujukan buat Ruhainies.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dengan bersahaja menulis komen ‘awak pandai nangis tak’ di ruangan komen Instagram Bella. 

Setakat artikel ini ditulis, komen tersebut mendapat hampir 3,000 tanda suka (likes) daripada pengguna media sosial selain komen mencuit hati mereka. 

“Ada orang pandai nangis depan (program) Melodi sahaja. 

“Kelakarlah dah sah sah memang pelakon tapi cakap tak pandai nangis. Aduhai, nak coverline pun,” demikian antara usikan netizen dalam Instagram. 

Tangkap layar komen ditinggalkan Puteri Sarah dalam hantaran terbaharu Instagram Bella Astillah. – INSTAGRAM 

 Hari ini, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Menerusi temu bual bersama media, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, mengakui tidak pandai berlakon sekali gus enggan menitiskan air mata depan kamera semata-mata hendak menunjuk-nunjuk.

“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua.

“Saya bersyukur sebab kalian sudi datang pada awal pagi untuk mengikuti prosiding hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI