fbpx

Johor tubuh jawatankuasa tangani isu lambakan pekerja asing di Pengerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu Pekerja Warga Asing di Pengerang, Kota Tinggi khususnya melibatkan masalah lambakan pekerja asing di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata, perkara tersebut diputuskan menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pada 21 Mei lalu.

Katanya, jawatankuasa berkenaan mempunyai lima peranan utama antaranya membuat keputusan terhadap isu-isu berkaitan pekerja asing di Pengerang.

“Selain itu, turut membincangkan serta merangka tindakan berkaitan perkara melibatkan kuarters pekerja asing dan menentukan langkah penyelesaian jangka masa pendek dan panjang dalam menangani isu lambakan pekerja asing.

“Tujuan lain adalah jawatankuasa ini turut merangka tindakan penguatkuasaaan terhadap majikan dalam urusan pekerja asing serta membuat keputusan dasar bagi tindakan lanjut jabatan yang terlibat dalam penyelesaian perkara berkaitan pekerja asing,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung perkara itu di Kota Iskandar, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI