fbpx

Anak bunuh ibu diarah jalani pemeriksaan mental di Hospital Permai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang membunuh ibunya sendiri di sebuah taman perumahan Bahau, di sini, bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

JEMPOL – Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini mengarahkan lelaki yang membunuh ibunya sendiri di Bahau, di sini, bulan lalu menjalani pemerhatian mental selama sebulan.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Norshazwani Ishak terhadap lelaki berusia 33 tahun itu, selepas pihak pendakwaan meminta untuk tertuduh menjalani pemeriksaan mental terlebih dahulu sebelum sebarang pengakuan direkodkan.

“Memandangkan orang kena tuduh (OKT) ini disyaki tidak sempurna akal, pihak pendakwaan telah pohon di bawah Seksyen 342 kanun acara jenayah untuk OKT ini di hantar ke Hospital Permai terlebih dahulu untuk penilaian mental,” kata Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri.

Majistret kemudiannya mengarahkan tertuduh untuk di hantar ke penilaian Hospital Permai terlebih dahulu bagi memastikan sama ada terdapat masalah berkenaan.

Menurutnya, kes akan disebut semula pada 5 Ogos ini bagi mendapatkan status laporan penilaian mental tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas ibunya berusia 63 tahun yang dilakukan kira-kira pukul 11.55 pagi di sebuah taman perumahan di Bahau pada 25 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook dilaporkan berkata, seorang lelaki yang merupakan pemilik kad orang kurang upaya (OKU) mental ditangkap polis selepas dipercayai membunuh ibunya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI