fbpx

Rozaimi gembira hasrat sarung jersi Helang Merah tertunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZAIMI (tengah) mahu memanfaatkan peluang yang diberikan Kedah dengan memberikan aksi terbaik buat pasukan itu. - KEDAH DARULAMAN FOOTBALL CLUB

BINTANG baharu skuad Kedah, Rozaimi Abd Rahman mengakui sangat gembira apabila hasratnya untuk mewakili skuad Helang Merah akhirnya tercapai tetapi mengakui bukan mudah untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Sebagai rekod, pemain ber­usia 28 tahun itu mengambil keputusan untuk berkelana ke skuad gergasi utara tanah air selepas kontraknya bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berakhir musim lepas.

Kata Rozaimi, peluang yang diberikan untuk bersama skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu tidak akan disia-siakan selain enggan mengecewakan ribuan penyokong fanatik pasukan Kedah.

“Berdasarkan senarai pemain yang ada, saya mengakui persaingan dalam pasukan dijangka sangat sengit tetapi ujian lebih kepada diri saya sendiri, untuk buktikan saya masih boleh bermain di tahap tertinggi.

“Keputusan untuk berhijrah ke Kedah turut berlangsung tanpa­ sebarang masalah selain saya juga sememangnya sudah memasang impian untuk bermain de­ngan pasukan ini sejak dulu lagi.

“Malah, bola sepak di ne­geri ini juga meriah kerana penyokong pasukan Kedah adalah antara yang paling fanatik dalam kancah Liga Malaysia. Ini mendorong saya untuk terus bekerja keras membantu pasukan mencapai sasaran ditetapkan,” kata­nya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan, penolong ketua jurulatih Kedah, Victor Andrag yang mengendalikan sesi latihan pramusim tanpa kehadiran Aidil yang masih bercuti turut berpuas hati dengan motivasi yang ditunjukkan oleh barisan pemain.

“Selepas berehat lebih sebulan, nampak semua pemain hadir dalam keadaan bersemangat untuk berlatih tetapi pasukan kami masih belum lengkap tanpa kehadiran tonggak import,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI