fbpx

Bekas suami kedekut dengan anak, sanggup kumpul resit 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan resit pembayaran dan tanda harga yang dikumpulkan oleh bekas suami. - @bibunyakala

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial di Indonesia memaparkan seorang wanita terkejut apabila menerima banyak resit pembayaran daripada bekas suami dan isteri barunya, lapor akhbar Wolipop semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @bibunyakala, wanita tersebut mengeluarkan sebungkus plastik berwarna putih berisi ‘hadiah’ itu.

Difahamkan, bekas suaminya mengajak anak mereka untuk bercuti di Bandung selama tiga hari. 

“Pada awalnya dia meminta izin untuk bercuti selama sehari tetapi berubah kepada tiga hari dan saya membenarkan supaya dia tahu bagaimana rasa mengurus anak sendiri,” kata wanita itu.  

Namun, dia tidak menyangka akan sikapnya yang kedekut sehingga sanggup mengumpulkan semua resit pembayaran dan tanda harga sepanjang percutian itu. 

Menurut wanita itu, jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak 700,000 rupiah (RM201.70). 

Rakaman itu menjadi tular dan meraih lebih 1.1 juta jumlah tontonan. 

“Kelakar sebab dia sanggup berkira dengan anak sendiri sampai kumpul semua bukti pembelian,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Si isteri baharu tu tak berfikir ke bakal mengalami hal yang sama?” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI