fbpx

Hampir 90 peratus pelajar UiTM dapat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrin (enam dari kanan) menyerahkan kapsul kepada Raduan Che Ros (lima dari kiri) dalam majlis tersebut di UiTM Shah Alam, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM- Kebolehpasaran pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) mencecah 89.4 peratus menjadi pencapaian terbesar kepada institut berkenaan yang diiktiraf sebagai universiti sejak 25 tahun lalu.

Pengarah Lembaga Pengarah UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, ia menjadi tanggungjawab universiti untuk memastikan graduan mendapat kerja di pelbagai sektor.

“Kami tidak melihat sangat kedudukan UiTM dalam ranking QS World University Rankings. Apa yang lebih penting untuk memastikan seramai mungkin graduan mendapat pekerjaan.

“Kami mahu melahirkan graduan berkualiti dan mempunyai daya saing tinggi yang mampu bertahan dalam dunia pekerjaan,” katanya selepas menghadiri majlis Kayuhan Kapsul 25 Tahun Rentas Cawangan di UiTM Shah Alam, di sini, hari ini.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, pihaknya akan terus memantapkan semua program pengajian yang ditawarkannya sebagai salah satu usaha memperkasakan universiti.

Ujarnya, program pengajian perhotelan, komunikasi, undang-undang dan perubatan yang ditawarkan UiTM mendapat pengiktirafan badan tempatan dan antarabangsa, lantas menjadikan universiti tersebut sama hebat dengan beberapa universiti tempatan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI