fbpx

‘Influencer’ maki petugas enggan terima pasport 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita itu memaki hamun petugas terbabit selepas enggan menerima pasport miliknya. - Tribunnews

JAKARTA – Perbuatan seorang pesohor media sosial popular di Indonesia yang mengamuk selepas gagal menaiki penerbangan mengundang perhatian orang ramai, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, wanita tu dilihat memarahi seorang petugas kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera Utara kerana enggan menerima pasport miliknya yang bercalar. 

Lebih mengejutkan, dia turut memaki hamun petugas tersebut dengan kata-kata kesat dan lucah. 

“Ingat balasan Allah lebih pedih, kamu tunggu sahaja. Saya nak terbang (masuk penerbangan) tetapi dilarang oleh perempuan ini. 

“Tiket penerbangan saya semua baik sahaja, kamu fikir beli tiket penerbangan itu murah?” kata wanita itu.

Susulan itu, dia dan suaminya tidak dapat menaiki penerbangan ke Bangkok, Thailand dan terpaksa membeli tiket baharu.

Syarikat penerbangan berkaitan menyatakan, insiden itu berpunca daripada halaman pengenalan pasport yang koyak. 

“Mengikut Peraturan Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia No. 8 Tahun 2014, pasport yang rosak tidak boleh digunakan untuk perjalanan, jadi penumpang tidak dibenarkan mendaftar masuk,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI