fbpx

Guru, pelajar sekolah menengah di Kota Bharu alami simptom demam kepialu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Demam tifoid atau kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). - Foto web MyHealth KKM

KOTA BHARU – Guru dan pelajar sebuah sekolah menengah di sini dipercayai mengalami simptom jangkitan bawaan makanan disebabkan bakteria iaitu demam kepialu atau tifoid sejak lebih seminggu lalu.

Ibu pelajar sekolah itu yang enggan dikenali berkata, berdasarkan cerita anaknya, demam pada peringkat awal berlaku dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama.

Menurutnya, wabak tersebut kemudiannya menular dan menjangkiti pelajar sekolah harian sehingga guru dan pelajar lain turut terlibat.

“Ada pelajar dan guru dikuarantin di Hospital Tumpat.

“Saya difahamkan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan hadir ke sekolah itu esok untuk membuat ujian darah bagi mengesan tahap penularan penyakit berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, seorang bapa yang turut enggan dikenali berkata, dia berharap pihak sekolah melakukan pencegahan awal bagi mengelakkan penyakit itu terus merebak.

Menurutnya, sehubungan itu, pihak sekolah perlu bertanggungjawab dan tidak lepas tangan dalam mengendalikan isu itu.

“Sebelum ini, pernah berlaku kes lebih 30 pelajar sekolah itu mengalami keracunan makanan. Jadi, saya harap kes seperti itu tidak berulang,” ujarnya.

Sementara itu Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Husin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkait kes tersebut.

Katanya, kerja-kerja pengawalan, pengesanan dan rawatan berkait kes sedang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Dearah Kota Bharu.

Terdahulu, tular satu mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang memaklumkan terdapat pelajar di sebuah sekolah menengah di sini mengalami demam kepialu atau tifoid sejak lebih seminggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI