fbpx

[VIDEO] Bapa lembik lutut urus jenazah anak dalam liang lahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang bapa menahan sebak ketika menguruskan jenazah anaknya.

PETALING JAYA – Suasana sedih menyelubungi kawasan tanah perkuburan Islam apabila bapa kanak-kanak yang meninggal dunia menangis semasa urusan pengebumian anaknya.

Menerusi video tular di TikTok sejak semalam, lelaki tersebut kelihatan lemah sambil dibantu beberapa ahli keluarga dan penduduk.

Orang ramai yang berada di lokasi turut mengalir air mata melihat situasi tersebut.

Menerusi perkongsian di ruangan komen, difahamkan kanak-kanak itu merupakan anak sulung pasangan suami isteri berkenaan dan meninggal akibat masalah kesihatan.

Dalam pada itu, ramai yang turut mendoakan agar keluarga tersebut tabah dengan ujian hidup mereka selain terus kuat menharungi hari-hari mendatang.

“Reda dan ikhlaskan pemergian orang tersayang kerana mati itu pasti dan nyawa hanya Allah pinjamkan sahaja di dunia. Pengalaman saya menghadap arwah ibu dan suami hembuskan nafas terakhir beri keinsafan,” kata Nieyza Adzhar.

“Yang sabar, ikhlaskan. Percayalah saya sudah dulu merasakan apa yang dirasakan. Insya-Allah Allah. Didoakan adik (arwah) menjadi anak syurga dan menjadi tabungan mu di akhirat,” ujar Seandy. – KOSMO! ONLINE

@adjipratamaadityaPatah hatinya seorang ayah , ketika seorang anak yang mendahuluinya🥹🥲, yang sabar dan tabah yah pah😭♬ Rela – Shanna Shannon

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI