fbpx

Dewan Rakyat: Tiada pembukaan kawasan tanaman sawit baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini. - Foto JPM

KUALA LUMPUR – Industri sawit lebih menumpukan terhadap usaha peningkatan keluaran minyak sawit negara melalui peningkatan produktiviti serta hasil minyak dan bukannya pembukaan kawasan tanaman baharu.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, salah satu inisiatif Malaysia yang menyumbang kepada agenda kemampanan global adalah komitmen Malaysia untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dilitupi hutan (sedia ada: 54 peratus).

“Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian bersama agensi terlibat adalah memastikan bekalan buruh yang mencukupi, khusus untuk aktiviti penuaian Buah Tandan Segar (BTS), meningkatkan mekanisasi dalam pengoperasian ladang dan pengurusan ladang yang optimum termasuk konsolidasi, penanaman semula mengikut jadual, baja dan benih bermutu.

“Industri sawit masih lagi bergantung kepada tenaga buruh terutamanya dalam aktiviti penuaian, khususnya menilai buah sawit yang telah matang, memotong pelepah dan memotong BTS,” jelas beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang ingin tahu langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan produktiviti dan hasil minyak sawit daripada ladang sedia ada supaya produk minyak sawit Malaysia berdaya saing di pasaran komoditi global.

Tambah Johari, selepas beberapa sesi libat urus dengan pihak industri, KPK bersama dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kemenerian Dalam Negeri KDN sedang memuktamadkan beberapa isu dasar agar bekalan penuai bagi operasi ladang tidak terjejas.

“Bagi jangka masa sederhana dan panjang pula, pihak Kerajaan melalui Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) sedang bekerjasama dengan Yayasan Pahang Advanced Skills dan pemain industri bagi melatih pekerja tempatan untuk menjadi profesional harvester (penuai profesional).

“Seramai 60 pelatih akan mengikuti projek rintis. Batch pertama telah pun memulakan latihan teori dan akan memulakan on-the-job training di ladang sawit pada 9 Julai 2024,” jelas beliau. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI