fbpx

Wimbledon: Alcaraz tak perlu ‘mandi peluh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALCARAZ mudah mengatasi pemain ranking bawahan untuk mara ke pusingan seterusnya Terbuka Wimbledon awal pagi tadi.

LONDON – Juara bertahan, Carlos Alcaraz dan bintang No. 1 dunia, Jannik Sinner tidak berdepan masalah untuk tampil cemerlang di Wimbledon selepas melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing awal pagi tadi.

Alcaraz mudah mengatasi pemain ranking ke-269, Mark Lajal dari Estonia menerusi kemenangan 7-6 (7/3), 7-5, 6-2 biarpun dilihat mengalami kecederaan pada awal permainan.

Bagaimanapun, pemain Sepanyol itu mengakui dia mempunyai misi besar di Wimbledon apabila ingin mempertahankan gelaran diraih musim lalu selain mahu melengkapkan kemenangan keempat Grand Slam dalam kariernya.

“Dia bermain dengan baik, jelas dia mengejutkan saya sedikit kerana saya tidak berpeluang melihat dia bermain banyak. Dia mempunyai tahap yang hebat, dia benar-benar muda, sebaya saya,” 

“Saya pasti saya akan bermain menentangnya lebih lagi dalam jelajah ATP dan saya sangat gembira untuk mendapat kemenangan pertama saya di gelanggang ini tahun ini,” kata Alcaraz.

Sementara itu, Sinner terpaksa bermandi peluh apabila ditentang hebat pemain Jerman, Yannick Hanfmann sebelum menang 6-3, 6-4, 3-6, 6-3 dan akan berdepan Matteo Berrettini.

“Dia (Hanfmann) bermain dengan sangat baik, dia melakukan servis dengan cukup sempurna hingga membuatkan saya terlepas beberapa pukulan,” kata Sinner yang melangkah ke pentas separuh akhir tahun lalu.

Juara dua kali Wimbledon, Aryna Sabalenka pula terpaksa membuat keputusan menarik diri selepas mengalami kecederaan bahu sewaktu bersaing di Terbuka Berlin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI