fbpx

Pasangan kekasih maut motosikal rempuh papan tanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha Yamaha MT-09 yang ditunggang mangsa selepas melanggar tiang papan tanda jalan dalam kejadian di Jalan Besar, Kluang pagi hari ini.

KLUANG – Sepasang kekasih menemui ajal selepas motosikal berkuasa tinggi yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang papan tanda jalan di Jalan Besar berhampiran Tasek Putih di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pada pukul 3 pagi itu mengorbankan Ahmad Firdhous Sulaiman, 31, yang merupakan penunggang  Yamaha MT-09 dan pembonceng, Nurul Syafika Atira Zakaria, 25.

Difahamkan, motosikal itu milik rakan Ahmad Firdhous yang bekerja di Singapura dan digunakan tanpa pengetahuan rakannya.

Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Jalan Besar ke Bulatan Batu Pahat sebelum kenderaan itu terbabas dan melanggar tiang papan tanda jalan di lokasi kejadian.

“Ekoran itu, Nurul Syafika mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal di lokasi.

“Ahmad Firdhous yang turut cedera di kepala dan badan meninggal dunia kira-kira satu jam selepas kemalangan ketika menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang,” katanya kepada pemberita hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI