fbpx

1,880 kes petugas kesihatan dikesan melalui saringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,880 kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan dikesan melalui saringan dan ujian pengesanan yang dijalankan sepanjang pandemik tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), majoriti punca jangkitan dalam petugas kesihatan adalah jangkitan antara petugas-petugas kesihatan (33 peratus) dan daripada komuniti (33 peratus).

“KKM mengambil maklum perkembangan terbaru mutakhir ini iaitu terdapat peningkatan kes dalam kalangan petugas kesihatan terutamanya di dalam fasiliti-fasiliti kesihatan di zon merah dan kawasan berisiko tinggi.

“Justeru, KKM sentiasa menekankan kepentingan mematuhi langkah kawalan dan pencegahan jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan semasa bertugas di fasiliti kesihatan dan terutama sekali ketika berada dalam komuniti,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak kementerian sentiasa prihatin dalam memastikan keselamatan dan kesihatan petugas kesihatan sepanjang pandemik Covid-19 ini dengan melakukan pemantauan berkala kepada semua petugas kesihatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI