PETALING JAYA – Seorang wanita rakyat Amerika Syarikat disifatkan unik oleh penduduk di sini apabila dia memiliki nama bersempena negara Malaysia.
Menerusi video dimuat naik pada TikTok pgmn_gogogo, wanita itu memaklumkan baru pertama kali bercuti di Malaysia selain memuji penduduk, budaya dan makanan di sini.
“Nama saya Malaysia, saya dari Amerika. Pertama kali ke Malaysia, sangat menakjubkan dan sangat cantik. Orang-orang di sini juga baik.
“Makanan juga sangat bagus, budaya di sini sangat mengalu-alukan. Saya tak letakkan apa-apa jangkaan sebelum datang ke Malaysia dan ternyata ia melebihi daripada jangkaan,” katanya.
Video Malaysia ditemu bual itu mendapat pelbagai maklum balas daripada rakyat Malaysia selain mengalu-alukan kehadirannya ke negara ini.
“Hai Malaysia, selamat datang ke nama kamu sendiri,” kata seorang pengguna TikTok berseloroh.
“Malaysia dah jadi nama sekarang? Sebab ini bukan pertama kali saya dengar orang nama Malaysia,” ujar pengguna yang lain.
“Saya rasa nak tahu di sebalik nama dia Malaysia. Mesti ibu bapa dia ada cerita menarik,” komen individu lain. – KOSMO!
@pgmn_gogogo Malaysia travel to 🇲🇾 . . . #pgmn #pgmngogogo #pergimana #travel #malaysiatrulyasia #trendingreels #short #street #Malaysia #ootd #Asia ♬ original sound – pgmn_gogogo