PASANGAN selebriti Handika Pratama dan Rosiana Dewi akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis perkahwinan yang diadakan secara sederhana baru-baru ini.
Sama seperti pasangan pengantin lain, Handika dan Rosiana juga ingin menghabiskan masa berbulan madu bersama-sama, namun terpaksa menunda perancangan tersebut ekoran situasi Covid-19 yang belum reda.
“Waktu sekarang agak sukar untuk saya dan isteri pergi berbulan madu.
“Namun bulan madu bukanlah prioriti utama yang perlu difikirkan, cukup sekadar kami sudah sah menjadi suami isteri,” ujar Handika.
Bagi Rosiana pula, dia bersyukur kerana majlis perkahwinannya dengan Handika berjalan lancar walaupun sekadar diadakan secara sederhana.