JELITAWAN tanah seberang, Nia Ramadhani mengakui tidak memerlukan barangan mahal untuk kelihatan mewah kerana tahu cara untuk kelihatan anggun walaupun mengenakan perhiasan murah.
Dedah Nia, dia pernah memakai seutas kalung yang berharga sekitar 8,500 rupiah (RM2.45) namun masih tampil seolah-olah bergaya mewah.
Seorang jurusolek, Bubah Alfian pula pernah bertanyakan soalan kepada Nia tentang barangan termahal yang pernah dibelinya.
Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi filem Suster Ngesot itu enggan menjawab soalan tersebut.
Nia sebaliknya menolak skeptikal bahawa seseorang perlu membeli barangan mahal untuk kelihatan mewah.
“Kenapa harus beli yang mahal?
“Sebenarnya kamu tidak perlu membeli barangan mahal jika kamu tahu cara untuk menonjolkan diri dan wajah supaya kelihatan mewah,” ujarnya.