fbpx

Gerai durian beri percuma Musang King, Udang Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai beratur sebelum buah durian diberikan secara percuma di Singapura. - Foto Shin Min Daily News

SINGAPURA – Sebuah gerai durian di Hougang, Singapura memberikan secara percuma sejumlah Musang King dari Pahang dan variety lain seberat 1,000 kilogram bernilai S$15,000 (RM52,192)  kepada orang ramai, lapor portal berita asiaone semalam.

Pemberian durian itu berlangsung selama dua setengah jam baru-baru ini,  selepas buah itu ‘licin’ diberikan kepada orang ramai yang beratur untuk mendapatkannya, lapor akhbar Shin Min Daily News.

Sebelum ini, gerai sama dilaporkan akan menjual durian premium Musang King atau Mao Shan Wang pada harga S$5 (RM17.39) sebiji, maksimum dua biji bagi setiap pelanggan warga emas yang merupakan Generasi Perintis dan pemegang kad Skim Bantuan Kesihatan Komuniti.

Namun, pemilik gerai menukar rancangan apabila mengumumkan akan memberikan sebiji durian bersama sebotol air minuman kepada  setiap warga emas berkenaan yang tergolong dalam Generasi Merdeka.

Pemilik gerai itu, Stella Soh, 51, memberitahu bahawa jumlah kos pemberian itu ialah S$15,000 dengan jenis durian terdiri daripada Udang Merah dari Johor serta Musang King dari Pahang.

“Kami berharap melalui acara ini, kami dapat menyebarkan kegembiraan kepada mereka yang mungkin tidak mempunyai kemewahan untuk membeli durian dalam masa yang mencabar ini,” katanya.

Tambah Soh, ini adalah kali pertama dia memberikan durian secara percuma. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI