fbpx

Tiada konsert hujung tahun Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLACKPINK

KETERUJAAN peminat untuk menyaksikan konsert maya kumpulan Blackpink terganggu apabila persembahan tersebut dilaporkan terpaksa ditunda ke satu tarikh lain.

Sepatutnya Blackpink dijadualkan mengadakan konsert pada 27 Disember ini tetapi terpaksa ditunda ke tanggal 31 Januari tahun depan.

Keputusan tersebut terpaksa diambil selepas kerajaan Korea Selatan mengeluarkan garis panduan baharu tidak membenarkan lebih 10 orang berada di sebuah tempat yang sama.

Peraturan tersebut mula berkuat kuasa bermula 11 hingga 28 Disember ini.

Undang-undang yang bertujuan mengekang penularan Covid-19 tersebut sekali gus menyukarkan penganjuran sebarang aktiviti hiburan terutamanya konsert berskala besar.

“Kami mahu mengubati hati peminat yang sedang mengharungi waktu sukar ketika ini.

“Tetapi mengadakan konsert dengan selamat dan persekitaran sihat adalah jauh lebih penting.

“Kami berjanji akan berlatih dengan lebih gigih untuk mempersembahkan persembahan terbaik kepada peminat yang menunggu,” ujar Blackpink dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, kumpulan itu turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan barisan hadapan yang bekerja keras merawat pesakit positif Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI