fbpx

KPM, KPT jalin kerjasama saring pelajar cemerlang SPM masuk matrikulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyaring jumlah pelajar cemerlang 10A yang telah membuat permohonan ke program matrikulasi KPM atau melalui UPUOnline.

KPM menerusi satu kenyataan berkata, ia bagi membolehkan mereka yang tidak ditawarkan tempat dapat diselaras semula tawaran berdasarkan kepada pilihan program pelajar.

“Tawaran tempat dan jurusan adalah bergantung kepada kelayakan calon dan kekosongan Program Matrikulasi KPM, manakala KPT akan fokus kepada kemasukan program asasi dan diploma di universiti awam.

“Ketetapan itu dibuat bagi memastikan pelajar cemerlang SPM dan daripada keluarga B40 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian,” katanya hari ini.

Terdahulu, kerajaan menegaskan akan terus mengekalkan kuota sedia ada bagi pelajar Bumiputera dalam Program Matrikulasi bawah Kementerian Pendidikan, namun pada masa sama kekal mengiktiraf pelajar cemerlang berdasarkan prinsip meritokrasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal itu berikutan ia merupakan dasar yang sudah lama dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan menerusi Perkara 153 yang memberi jaminan masa depan kepada Melayu Bumiputera.

Mengulas lanjut, KPM berkata, pada masa yang sama, sistem kuota bumiputera sedia ada bagi Program Matrikulasi KPM kekal dan tidak terjejas.

“KPM menyahut saranan Perdana Menteri untuk memberi tempat kepada pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Mereka yang memohon untuk melanjutkan pengajian akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI