fbpx

[VIDEO] Dapat rasa durian terus berhenti menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkapan layar menunjukkan seorang lelaki yang menyuap durian kepada anaknya yang sedang menangis.

PETALING JAYA – Seorang bayi lapan bulan yang serta-merta berhenti menangis sejurus disuapkan durian oleh bapanya mencuri perhatian ramai.

Terdahulu menerusi perkongsian video di laman TikTok milik akaun @Owenuzair289, lelaki tersebut dilihat sedang berusaha memujuk anaknya itu.

Di ruangan komen, bapa kanak-kanak itu tampil menjelaskan bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai bahawa anaknya itu hanya diberikan sedikit durian sahaja sekadar merasa.

“Fuh, mahal ubat ko ni dik!

“Anak aku setakat hisap saja durian tu tak sampai seulas pun. Alhamdulillah, tidak demam tak ada panas,” katanya menerusi ruangan video berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut mendapati orang ramai terhibur dengan gelagat bayi berkenaan yang kelihatan seolah-olah gemarkan raja buah tersebut.

“Jangan diajar musang king bang, D24 je dah,” kata pemilik akaun Ali Azhar Mohd Rosli.

“Makan saja dik. Biar bapak cari duit banyak-banyak,” ujar pemilik akaun Fiza Harun.

“Arwah nenek aku dulu suka tengok budak makan durian sampai nangis. Ada video tu dulu, akhirnya dapat cicit pertama pun mengamuk juga nak makan durian aku tak kasi. Arwah nenek aku cakap, bagi la dia sikit,” kata pengguna akaun KakyaCeleh. – KOSMO! ONLINE

@owenuzair289 Tell me youre having a malaysian son , Without tellling me youre a malaysian son! Ill go first!! #durian #hargadurian ♬ original sound – AmirKatMana? – OwenUzair289

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI