fbpx

Terengganu kekurangan pakar psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (tiga dari kiri) meninjau salah satu kemudahan yang terdapat di Kompleks Psikiatri HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Terengganu masih mencatatkan kekurangan pakar psikiatri dengan hanya mempunyai 10 orang bagi keperluan lebih 1.2 juta penduduknya.

Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr. Adham Baba berkata, bilangan tersebut masih jauh daripada nisbah satu bagi 10,000 penduduk seperti disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan Pengarah Kesihatan Terengganu (Nor Azimi Yunus) melatih lebih ramai doktor berbakat di negeri ini untuk menjadi pakar psikiatri.

“Latihan menerusi kursus sedia ada itu bertujuan agar jurang tersebut dapat dikurangkan dari semasa ke semasa demi kebajikan rakyat negeri ini,” katanya selepas merasmikan Kompleks Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Adham berkata, keperluan terhadap pakar psikiatri amat relevan pada masa ini dengan 1,500 kes telah direkodkan pada tahun lalu.

Jelas beliau, sebahagian besar pesakit tersebut iaitu 775 orang telah dirujuk di HSNZ bagi mendapatkan rawat psikiatri.

“Kewujudan kompleks psikiatri bernilai RM62 juta yang mempunyai kemudahan 60 katil ini bukti keseriusan kerajaan untuk menambah baik mutu perkhidmatan kesihatan bagi rakyat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI