fbpx

Jong-un arah rakyat kutip najis sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKYAT Korea Utara diarah mengutip najis mereka sendiri. - Foto AFP

PYONGYANG – Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un mengarahkan rakyat Korea Utara untuk mengumpulkan najis mereka sendiri dalam tindakan yang dianggap sebagai menjijikan dan pelik, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurutnya, rakyat negara komunis itu diminta menyerahkan sebanyak 9.97 kilogram najis masing-masing dalam usaha pemerintah untuk mencari alternatif lain selepas negara mengalami kekurangan baja pertanian.

Pada kebiasaannya, najis penduduk Korea Utara akan ‘dikutip’ pada musim sejuk bagi tujuan tersebut.

Bagaimanapun, Pyongyang kini berdepan dengan kekurangan baja import, menyebabkan Jong-un meminta rakyatnya  menyokong usaha negara untuk menyuburkan tanaman mereka sendiri dengan menggunakan baja ‘semula jadi’.

Susulan arahan tersebut, penduduk mengadu bahawa mereka terpaksa mengeringkan najis masing-masing di bawah cahaya matahari pada musim panas.

Seorang penduduk wilayah Ryanggang berkata: “Unit pemantau kejiranan mengeluarkan arahan untuk mengeringkan najis. Penduduk tidak dapat menyembunyikan rasa keliru mereka.”

Sebelum ini, Korea Utara menghantar ribuan belon udara dipenuhi kotoran seperti najis manusia merentasi sempadan ke Korea Selatan pada Mei lalu.

Seoul kemudian menganalisis sampel sebahagian daripada 1,500 belon yang dihantar oleh  Korea Utara dan mengesahkan kandungannya pelik lagi menjijikkan. 

Belon itu  mengandungi sampah sarap, pakaian Hello Kitty dan parasit daripada najis manusia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI