fbpx

Murid sekolah rendah tinggi 2 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAGIL menjadi perhatian ramai kerana ketinggiannya. - Foto Tribun Jabar

JAKARTA  – Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun yang berasal dari Kerinci, Indonesia memiliki ketinggian mencecah 2 dua meter, lapor portal berita Banjarmasin Post semalam.

Budak bernama Sagil Muhammad Rizky itu merupakan murid di Tahun 6 di sebuah sekolah rendah.

Satu rakaman video menunjukan bentuk tubuh Sagil yang terlalu tinggi berbanding rakan sekelas lain menjadi tular di media sosial.

Bapa saudaranya, Yudi Saprianto berkata, Sagil telah menjadi anggota pasukan bola keranjang Indonesia (Perbasi) setelah menandatangani kontrak berikutan ketingggiannya itu.

“Alhamdulillah, dia baharu pergi mengikuti latihan untuk menjadi atlet bola keranjang nasional,” kata Yudi.

Yudi menyatakan, Sagil memilih bola keranjang setelah Perbasi sanggup membiayai semua perbelanjaan hidup keluarganya selama enam tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI