fbpx

Syarikat dari China berminat sertai MIMF 2024 di MITEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chong Chong Tik

KUALA LUMPUR – Pameran Jentera Antarabangsa Malaysia (MIMF) yang akan diadakan pada pertengahan bulan Julai ini bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) bakal disertai oleh sebahagian besar daripada pempamer dari China untuk mengetengahkan produk serta perkhidmatan masing-masing di negara ini.

Pameran kali ke-35 anjuran ES International Event Management Sdn. Bhd. (ES) itu kini menjadi pilihan pempamer daripada pelbagai syarikat antarabangsa kerana ia telah dianjurkan sejak tahun 1989 bermula di Dewan Chin Woo di sini.

Pengarah Urusan ES, Datuk Chong Chong Tik berkata, pa­meran ini telah berjaya menaikkan nama Malaysia sebagai pusat pameran jentera perindustrian berskala besar meliputi pelbagai sektor termasuk pembungkusan dan pemprosesan makanan, plastik, acuan, lampu dan lampu LED, papan tanda serta peralatan memasak bakeri.

“Bermula dengan hanya 50 gerai, MIMF telah berkembang setiap tahun dengan pelbagai penambahbaikan dilaksanakan bagi menjadikan ia sebagai pameran jentera perindustrian berskala besar sehingga kini, menjadikan ia sebagai pameran perdagangan peralatan industri yang paling lama dan paling berpengaruh di Malaysia,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Chong Tik menerangkan, MIMF 2024 bakal menyediakan lebih 800 ruang pempamer dan separuh daripadanya telah di­sewa oleh pempamer dari pelbagai wilayah di China, manakala bakinya adalah daripada pempamer syarikat domestik dan dari negara lain.

Tambah beliau, pameran kali ini memberi tumpuan terhadap industri pembungkusan, pemprosesan makanan, plastik dan bakeri yang bertujuan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mencapai inovasi teknologi.

Bidang lain yang difokuskan juga adalah logistik ran­taian sejuk, automasi gudang dan teknologi solar yang bertujuan meningkatkan kecekapan dan kualiti pengeluaran selain untuk mengurangkan kos.

“Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya saing produk tempatan di pasaran antarabangsa,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI