fbpx

212 kes penipuan dalam talian dikesan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADNAN (dua kanan) menunjukkan barangan mentah iaitu ayam yang tersenarai harga kawalan SHMMP di pasar raya Pantai Timur di Pengkalan Chepa, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mengesan sebanyak 212 kes penipuan secara dalam talian melibatkan 829 aduan yan diterima sepanjang tahun ini.

Pengarahnya, Adnan Abd. Rahman berkata, kebanyakan kes itu melibatkan penghantaran lewat, kesilapan barangan dan penipuan berkaitan tidak menerima barangan yang dibeli.

Menurutnya, berdasarkan keseluruhan aduan, sebanyak 212 kes penipuan telah dikenal pasti dan ia telah dilaporkan menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia KPDNHEP Kelantan.

“Jenis penipuan itu termasuk barangan tidak sampai, saiz pakaian tidak sama yang dikehendaki dan barangan yang dibeli tidak diterima.

“Kita akan memanggil penjual dan pembeli berhubung kes itu untuk bersemuka antara mereka secara adil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Walkabout Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2020 di pasar raya Pantai Timur di Pengkalan Chepa di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI