SEBERANG PERAI – Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid yakin reaksi positif pengundi menjadi petanda undi ahli UMNO akan berpihak kepada calon Perpaduan, Dr. Johari Ariffin.
Menurutnya, ia susulan cubaan pihaknya yang mendapati respon baik oleh pengundi UMNO sekali gus membuktikan undi mereka akan kembali kepada parti komponen dalam Perpaduan.
“Keadaan sekarang kita nampak positif dengan gerak kerja yang dilancarkan bersama-sama dengan Barisan Nasional dan juga UMNO di lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM).
“Insya-Allah kita nampak akan beroleh kejayaan pada 6 Julai ini, sama-sama doakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Perpaduan di Taman Tasek Indah di Simpang Ampat di sini hari ini.
Mengulas lanjut Mohamad yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata, program menyantuni pengundi akan diperhebatkan menerusi tempoh kempen yang berbaki kurang seminggu lagi.-KOSMO! ONLINE