fbpx

SSTMI Thunderbolts ungguli TNB MJHL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN SSTMI Thunderbolts meraikan kejayaan bergelar juara TNB MJHL 2024 selepas membelasah SSBJ Thunderbolts di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. - AIZATIE NAJMIN SULAIMAN

KUALA LUMPUR – Skuad hoki remaja Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Thunderbolts) ungguli Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2024 selepas membelasah pencabar terdekat Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ Thunderbolts) 7-0 pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Ia menyaksikan SSTMI Tunderbolts berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada edisi lepas.

Ketua jurulatih SSTMI Thunderbolts, Wan Mohd. Roslan Wan Abdul Rahman meluahkan kegembiraan apabila anak buahnya mempamerkan aksi membanggakan dan memanfaatkan setiap peluang.

“Saya amat bersyukur dan berbangga dengan skuad SSTMI apabila mereka berjaya mempertahankan gelaran keseluruhan iaitu Piala TNB dan mereka buktikan walaupun tidak berjaya mempertahankan kejuaraan liga, mereka berusaha untuk membawa pulang kejuaraan ini.

“Mereka bermain dengan sangat baik dan boleh dikatakan setiap pemain memanfaatkan setiap peluang yang ada sekali gus pasukan SSTMI menebus kekecewaan sebelum ini.

“Dalam permainan sebegini pukulan sudut penalti amat penting dan saya bersyukur pemain dapat menyempurnakan pukulan itu tadi,” katanya.

Pada aksi itu, Muhammad Safwan Salihe meledak jaringan hatrik sebelum jaringan seterusnya disempurnakan Muhammad Aqil Danial, Jebat Aiman Mohd Jeffri, Muhammad Nabil Irfan dan Muhammad Adam Ashraf.

Bagi aksi final wanita pada sebelah petang, SSTMI – PKS – UNITEN turut mengungguli kejohanan apabila berjaya menundukkan Sekolah Sukan Mutiara Impian (MUTIARA-MSSPP) 1-0. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI